SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Selamat kembali ke sekolah di ucapkan kepada seluruh warga Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut. Diharapkan dengan bermulanya penggal baru persekolahan ini, pelajar-pelajar dan guru-guru akan lebih memantapkan usaha dalam meningkatkan kejayaan dalam pencapaian akademik dan sahsiah diri. Galaslah tanggungjawab dengan lebih beretika serta ikhlas dalam melakukan setiap tugas serta cabaran yang mendatang.

Kepada pelajar-pelajar, teruskan usaha anda supaya dapat meningkatkan mutu kejayaan dalam diri anda sendiri. Ingatlah setiap pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu bapa dan guru-guru mu. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh agar suatu masa nanti kalian boleh membalas jasa dan usaha mereka.

Kepada guru-guru yang telah banyak berjasa, sematkan kesetiaan mu keikhlasan mu dalam mendidik anak bangsa mu ke mercu jaya. Tingkatkan usaha dan kualiti dalam pengajaran mu, sesungguhnya setiap ilmu yang guru-guru curahkan sangatlah bermakna untuk anak bangsa mu. Tabahkan hati dalam menghadapi ujian yang mendatang. Semoga Allah akan memberkatimu guru-guru...

0 ulasan:

Catat Ulasan