TARIKH KEPUTUSAN SPM 2009 - 11 MAC 2010

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2009) akan diumumkan pada hari Khamis 11 MAC 2010.

Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2009) Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut boleh mendapatkan keputusan mereka di Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut mulai jam 10.00 pagi pada hari tersebut.


Calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos.

Seramai 165 853 calon telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2009) di 3 569 pusat peperiksaan yang telah berlangsung pada 18 November 2009 sehingga 16 Disember 2009 yang lalu.

Kepada semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2009) diharapkan agar anda semua akan memperolehi kejayaan. Sekian, hidup biarlah berjasa.

0 ulasan:

Catat Ulasan