PERKEMAHAN PERDANA PASUKAN BADAN BERUNIFORM TAHUN 2010


Sek. Men. Keb. Tok Janggut telah mengadakan Perkemahan Perdana Pasukan Badan Beruniform Tahun 2010 di Peladang Setiu Agro Resort, Setiu Terengganu.

Perkemahan ini telah disertai oleh lebih kurang 150 oarang pelajar Sek. Men. Keb. Tok Janggut. Pelajar-pelajar juga turut di iringi oleh guru-guru dan staf-staf Sek. Men. Keb. Tok janggut. Badan-badan uniform yang terlibat diantaranya ialah Kadet Polis (L), Kadet Polis (W), Kadet Bomba, Puteri Islam, Briged Bakti, Silat, PKBM, Pengakap, Pandu Puteri, Persatuan Bulan Sabit Merah dan lain-lain lagi.

Perkemahan perdana ini di isi dengan pelbagai aktiviti yang menarik untuk para pelajar dalam memantapkan diri serta mendisiplinkan diri mereka. Aktiviti-aktivit yang dijalankan ialah berkayak, kawad kaki, merentas desa, pertandingan memasak tanpa menggunakan api, gubahan, keceriaan kemah, persembahan dan sebagainya. Perkemahan ini juga mampu memupuk semangat bantu-membantu serta hormat-menghormati diantara pelajar.

Perkemahan perdana ini juga telah menjemput YBrs. Tn. Hj. Ismail Bin Ab. Wahab untuk merasmikan acara Perasmian Penutup. Kehadiran beliau amat-amat dihargai oleh kami pihak warga Sek. Men. Keb. Tok Janggut.

0 ulasan:

Catat Ulasan